Khemah Ibadah / Mutiara Srikandi

Program : Mutiara Srikandi
Tempat : SMK (P) Jalan Ipoh
Tarikh : 25 Feb-26 Feb 2011
Tempoh : 2 hari 2 malam
Peserta : Pelajar Islam tingkatan 3,5 dan 6 .

Pengalamanku !
Pembahagian Kumpulan
-Seksanya ! I don't want apart from my friends ! Anywat never-m kalau ada salah seorang member yang aku sayang . BUT bukan seorang but 3 orang member yang aku sayang in my group ! It's Auni , Hafizah and my love,Ashira !Pembahagian kumpulan dilakukan dengan memberi kertas kepada para pelajar yang bertulis bermacam-macam perkataan antaranya ialah bunyi itik , lagu sekolah , lagu negaraku , bunyi monyet , bunyi harimau dan lain-lain.Akhirnya , terbentuklah kumpulan . Terdapat 10 buah kumpulan yang dianggotai oleh 15 orang pelajar .  My group is BUNYI MONYET . Consist of 4 girls from form 3 and 11 girls from form 5 .
Our leader ? Lupa pulak nama dia . Sorry ^^

Tapi nama itu bertukar kepada


Riadah
-Perkara memalukan ! Argh ! MALU . Kami kena kepit bola di kaki dan bawa sampai ke kumpulan lain . Uwaa ! Malu , terkedek-kedek jalan and lompat . Aku pergi dengan my mom , Eviyana Allysa . Rasa nak nangis je bila gelak .

Waktu Tidur
-Kena tidur pukul 12.00 malam . Dalam surau yang padat macam ikan sardin dalam tin . Fuiyoo ! Sleep with my Ashira . Ngantuknya ! Tapi tidur macam pejam mata je . Sebab kena bangun pukul 4 pagi untuk solat Tahajjud,solat Taubat dan solat Hajat .

Pagi Esoknya
-Bangun dengan tenangnya dan mandi di toilet blok Tanjung . Don't have much time tapi sempat mandi and masuk surau lambat . Paling lambat ! Nasib baik ustaz lambat datang . Masa dengar kuliah Subuh , apalagi ? Tidurlah . My Mia di sebelah pun tumpang kesian . Dia tak ngantuk pun ?

Teknik Belajar 
-Kekeke , time ni aku tidur sebelah Auni . Dia kata lawak cara aku tidur . Never-m lah . Asalkan bila aku tidur tu terus segar lepas tu . Haha ! Time tu aku dah tanda slot yang dah lepas . Tak sabar nak balik .

Balik
-Yeah ! Balik . Tapi aku tertinggal telekung di surau ! Astaghfirullah ! Terlampau enjoy nak balik . Anyway aku balik dengan Ashira . Sebelum tu teman Ashira ke KM untuk beli makanan . Haha . Pulang ke rumah !
Aku dapat jumpa adek Ashira . kekeke . Comey . Thankie yaw sygg , kasi tumpang ! Love you !

Bonus : Nama group !
Siti Hawa ( CT ) , Siti Khadijah ( KD ) , Fatimah ( Fatty ) , Aishah (?) , Aminah ( Amy ) , Zainab ( Zack ) , Rokiah ( Rock ) , Mariam ( Mary ) .
Yang tiada harap maaf , lupa !

Apa yang saya dapat di Mutiara Srikandi ?(25 Feb-26 Feb 2011)

Mutirara Srikandi ialah satu program Khemah Ibadah yang bertujuan untuk memupuk sikap berdisiplin, menepati masa, mengajar tentang keagamaan dan teknik belajar yang berguna serta menyedarkan dan menjauhkan remaja daripada melakukan maksiat dan perkara yang dimurkai Allah .
Program ini diadakan di sekolah aku selama 2 hari 1 malam .
Apa yang aku dapat di Khemah Ibadah ni ?
Baiklah , aku akan nyatakan mengikut slot .

1.Slot Pengetua-Pengetua menceritakan tentang katak kecil yang ingin mencapai puncak.Maksud daripada cerita itu ialah hiraukan kata orang lain iaitu kata negatif yang mengatakan kita tidak mampu melakukannya dan lain-lain.Selain itu , kita kenalah terus berusaha untuk mencapai kejayaan .

2.Ceramah-Ceramah ini disampaikan ketika solat Maghrib dan Isyak . Ceramah ini disampaikan oleh Puan Rahimah . Ceramah yang amat begus bertajuk Kehidupan Selepas Mati . Hikmah daripada cerita ini ? Solat tiang agama . Kita mesti solat untuk berjaya di dunia dan akhirat .

3.Ceramah 2-Ceramah ini disampaikan oleh seorang Ustaz yang aku tidak tahu namanya.(Masuk dewan lambat...Hehe)Ceramah ini menasihatkan kita agar menjadi remaja yang bersahsiah . Jangan merempit , berzina dan sebagainya.

4.Ceramah 3-Disampaikan oleh Puan Latifah bertajuk Anda Bijak Jauhi Zina .Antara isi ceramahnya ialah:
Zina bermula dengan :
a)Perkenalan
b)Pergaulan
c)Kemesraan
Salam perkenalan sebuah zina :
a)Senyuman pertama
b)Dating pertama
c)Berdua-duaan untuk kali pertama
Akibat melakukan zina :
a)Tekanan emosi ; Murung
b)Rasa bersalah terhadap keluarga dan diri sendiri
c)Tindakan yang tidak waras ; Lari dari rumah
d)Penyesalan terhadap pengguguran dan pembuangan bayi

5.Latihan Dalam Kumpulan-Topik yang diberikan kepada kumpulan aku ialah Mencuri dan Menipu.
Definisi mencuri : Mengambil hak milik seseorang tanpa pengetahuan
Definisi menipu : Mengkhabarkan sesuatu yang tidak benar.
Punca :
a)Kurang didikan agama
b)Kurang kasih sayang ibu bapa
c)kurang pendidikan
d)desakan hidup
e)sikap ingin mencuba
Kesan :
a)Maruah keluarga tercemar
b)orang hilang kepercayaan terhadap kita
c)dipandang serong/disisih masyarakat
Cara mengatasi :
a)Pendidikan
b)Mengelakkan pengaruh negatif rakan
c)Perhatian dan kasih sayang ibu bapa
d)Saling menasihati

RULES WAS MADE TO BE BROKEN

6.Teknik Belajar
Strategi Belajar Cemerlang
a)Aplikasi kemahiran mendengar
b)Tumpuan dalam kelas
c)Aktifkan diri dalam kelas
d)Mengingat dan mengulang kaji
e)Latih tubi soalan tahun lepas
f)Belajar dalam kumpulan
g)Amalkan kemahiran belajar
h)Bijak mengurus masa

Ingat !
MANUSIA TAK BOLEH BELI MASA