Apa yang saya dapat di Mutiara Srikandi ?(25 Feb-26 Feb 2011)

Mutirara Srikandi ialah satu program Khemah Ibadah yang bertujuan untuk memupuk sikap berdisiplin, menepati masa, mengajar tentang keagamaan dan teknik belajar yang berguna serta menyedarkan dan menjauhkan remaja daripada melakukan maksiat dan perkara yang dimurkai Allah .
Program ini diadakan di sekolah aku selama 2 hari 1 malam .
Apa yang aku dapat di Khemah Ibadah ni ?
Baiklah , aku akan nyatakan mengikut slot .

1.Slot Pengetua-Pengetua menceritakan tentang katak kecil yang ingin mencapai puncak.Maksud daripada cerita itu ialah hiraukan kata orang lain iaitu kata negatif yang mengatakan kita tidak mampu melakukannya dan lain-lain.Selain itu , kita kenalah terus berusaha untuk mencapai kejayaan .

2.Ceramah-Ceramah ini disampaikan ketika solat Maghrib dan Isyak . Ceramah ini disampaikan oleh Puan Rahimah . Ceramah yang amat begus bertajuk Kehidupan Selepas Mati . Hikmah daripada cerita ini ? Solat tiang agama . Kita mesti solat untuk berjaya di dunia dan akhirat .

3.Ceramah 2-Ceramah ini disampaikan oleh seorang Ustaz yang aku tidak tahu namanya.(Masuk dewan lambat...Hehe)Ceramah ini menasihatkan kita agar menjadi remaja yang bersahsiah . Jangan merempit , berzina dan sebagainya.

4.Ceramah 3-Disampaikan oleh Puan Latifah bertajuk Anda Bijak Jauhi Zina .Antara isi ceramahnya ialah:
Zina bermula dengan :
a)Perkenalan
b)Pergaulan
c)Kemesraan
Salam perkenalan sebuah zina :
a)Senyuman pertama
b)Dating pertama
c)Berdua-duaan untuk kali pertama
Akibat melakukan zina :
a)Tekanan emosi ; Murung
b)Rasa bersalah terhadap keluarga dan diri sendiri
c)Tindakan yang tidak waras ; Lari dari rumah
d)Penyesalan terhadap pengguguran dan pembuangan bayi

5.Latihan Dalam Kumpulan-Topik yang diberikan kepada kumpulan aku ialah Mencuri dan Menipu.
Definisi mencuri : Mengambil hak milik seseorang tanpa pengetahuan
Definisi menipu : Mengkhabarkan sesuatu yang tidak benar.
Punca :
a)Kurang didikan agama
b)Kurang kasih sayang ibu bapa
c)kurang pendidikan
d)desakan hidup
e)sikap ingin mencuba
Kesan :
a)Maruah keluarga tercemar
b)orang hilang kepercayaan terhadap kita
c)dipandang serong/disisih masyarakat
Cara mengatasi :
a)Pendidikan
b)Mengelakkan pengaruh negatif rakan
c)Perhatian dan kasih sayang ibu bapa
d)Saling menasihati

RULES WAS MADE TO BE BROKEN

6.Teknik Belajar
Strategi Belajar Cemerlang
a)Aplikasi kemahiran mendengar
b)Tumpuan dalam kelas
c)Aktifkan diri dalam kelas
d)Mengingat dan mengulang kaji
e)Latih tubi soalan tahun lepas
f)Belajar dalam kumpulan
g)Amalkan kemahiran belajar
h)Bijak mengurus masa

Ingat !
MANUSIA TAK BOLEH BELI MASA