Daily Daily


Hey readers . Today my post will be in Malay cause I got something to all of my Malay friends . Dear friends , do you know about the secret of a day ? Let me explain about it .

Sabtu
Rasulullah pernah ditanya mengenai hari Sabtu lala baginda bersabda
"Hari Sabtu adalah hari yang penuh makar dan tipu daya."Para sahabat bertanya , "Bagaimana jadi begitu ya Rasulullah?" Baginda bersabda "Kerana pada hari itu orang-orang Quraisy berbuat makar kepadaku di Daran-Nadwah"

Ahad
Rasulullah ditanya tentang hari Ahad dan beliau bersabda "Hari Ahad adalah hari bercucuk tanam dan pemakmuran."Para sahabat bertanya, "Bagaimana begitu ya Rasulullah?" Beliau bersabda, "Kerana pada hari itulah permulaan dunia dengan pemakmurannya."

Isnin
Rasulullah kemudian ditanya tentang hari Isnin dan baginda bersabda "Hari Isnin adalah hari menempuh perjalanan dan melakukan perdagangan" Para sahabat bertanya, "Bagaimana begitu ya Rasulullah?" Baginda bersabda, "Kerana pada hari itulah Nabi Syuib a.s. melakukan perjalanan dan perdagangan".

Selasa
Lalu Rasulullah ditanya tentang hari Selasa, beliau bersabda, "Hari Selasa adalah hari berdarah".Para sahabat bertanya, "Kenapa begitu ya Rasulullah?" Beliau bersabda "Kerana pada hari itulah ibunda Hawa mengalami haid dan Qabil membunuh saudaranya , Habil ."

Rabu
Berkaitan hari Rabu, Nabi SAW bersabda "Hari Rabu adalah hari sial dan celaka." Para sahabat bertanya. "Kenapa begitu ya Rasulullah?" Baginda bersabda. "Kerana pada hari itulah Allah menenggelamkan Firaun beserta sekalian bala tenteranya dan menghancurkan kaum Tsamud dan kaum 'Ad."

Khamis
Lalu Rasulullah SAW ditanya tentang hari Khamis, dan baginda bersabda "Hari Khamis adalah hari terpenuhi keperluan dan masuk ke Istana Raja" Para sahabat bertanya, "Kenapa demikian ya Rasullah?" Rasulullah SAW bersabda, "Kerana pada hari itulah Nabi Ibrahim kekasih Allah masuk ke istana raja Namruj dan dia mengabulkan permintaan beliau untuk mengambil isterinya,Hajar."

Jumaat
Mengenai sejarah dan rahsia hari Jumaat pula, Nabi SAW bersabda , "Hari Jumaat adalah hari pinangan dan pernikahan" Para sahabat bertanya , "Kenapa demikian ya Rasulullah?" Rasulullah bersabda "Kerana pada hari itulah para Nabi dinikahkan".